Welcome to my Special Blog For Fifa World Cup 2010. I thank you for your visit to this special blog.....

Langsung Dari Fifa.com :


[langsung]
(0)Belanda lwn Sepanyol(1)


King Of The Jungle : Spain

Pemenang Piala Dunia 2010 : Sepanyol

Tuesday 29 June 2010

Fifa Tidak Akan Ulas Kesilapan Pengadil

JOHANNESBURG: FIFA enggan mengulas mengenai kesilapan pegawai perlawanan yang menafikan England satu gol dalam kekalahan 4-1 kepada Jerman pada perlawanan Piala Dunia semalam.

“FIFA tidak akan mengulas keputusan pengadil di padang permainan," menurut kenyataan badan bola sepak dunia itu.

Ia menyatakan panel pembuat keputusan - Lemabaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa - bersetuju Mac lalu untuk tidak melaksanakan ujian dengan teknologi yang dapat membantu mengadil membuat keputusan.

England percaya ia memperoleh gol apabila rembatan Frank Lampard terkena palang gol dan melantun masuk sebelum melantun ke palang sekali lagi.

Pengadil Uruguay, Jorge Larrionda, mengarahkan permainan diteruskan tetapi ulang tayang televisyen menunjukkan bola sudah melepasi garisan gol.

Gol itu sepatutnya menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-38 di Bloemfontein.

Pada perlawanan kemudian, pegawai perlawanan melakukan satu lagi kesilapan apabila membenarkan gol pertama Argentina dalam perlawanan menentang Mexico. Argentina akhirnya menang 3-1 di Soccer City.
Ulang tayang menunjukkan Carlos Tevez dalam kedudukan ofsaid dengan tiada pemain pertahanan di antara beliau dan gawang apabila beliau menanduk masuk pintu gol yang ternga-nga hasil umpanan Lionel Messi pada minit ke-26.

Pengadil Itali, Roberto Rosetti, membenarkan gol itu selepas berbincang dengan pembantunya ketika pemain Mexico mengelilingi mereka untuk membantah.

Presiden FIFA, Sepp Blatter, yang hadir menyaksikan kedua-dua perlawanan itu, tidak bersetuju dengan penggunaan video dan teknologi garisan gol dengan alasan ia terlalu mahal untuk dilaksanakan di seluruh dunia dan mengganggu kelancaran permainan.

Sambung baca.....

Belanda 2 Slovakia 1,Belanda Mara Ke Suku Akhir

DURBAN - Aksi bertenaga Arjen Robben yang kembali menyertai kesebelasan utama, membantu Belanda menang 2-1 ke atas Slovakia semalam, untuk mara ke saingan suku akhir Piala Dunia.

Pemain sayap itu yang beraksi buat kali pertama pada kejohanan di sini, setelah lama berehat akibat kecederaan urat pelipat lutut, melakukan gerakan solo untuk meletakkan Belanda di depan pada minit ke-18.

Wesley Sneijder melengkapkan kemenangan Oranje enam minit sebelum perlawanan tamat.

Slovakia yang menyingkir penyandang juara, Itali dengan mencatat kemenangan mengejut 3-2, memperoleh gol sagu hati melalui sepakan penalti Robert Vittek pada masa kecederaan.

"Ia hari yang sangat bermakna. Jika anda berada pada saingan Piala Dunia, ia sudah tentu seronok. Kami tidak mempamerkan permainan terbaik hari ini, tetapi apa yang penting kami ke suku akhir.

"Secara peribadi, ini adalah pengalaman yang menarik apabila dapat kembali berada di atas padang, mulai dari minit pertama sehingga tamat perlawanan.

''Sudah tentu mengujakan apabila anda dapat lakukannya pada perlawanan pertama sehingga seterusnya," kata Robben.

Sementara itu, jurulatih Slovakia, Vladimir Weiss berkata, Robben yang tidak beraksi pada dua perlawanan awal kerana kecederaan, berjaya memberikan sentuhan yang berbeza buat pasukannya.

"Kami telah bersiap-sedia sejak tiga hari lalu semata-mata untuk menyekat Robben, namun dia memang sangat pintar.

"Dia tahu apa yang dia lakukan. Sebaik melihat dia berada dalam kesebelasan utama, saya tahu dia akan beraksi dengan baik," katanya.

Sambung baca.....

Brazil Mara Ke Suku Akhir,Brazil 3 Chile 0

JOHANNESBURG 29 Jun — Brazil semakin hampir untuk memenangi Piala Dunia keenam selepas menewaskan musuh satu benua, Chile 3-0 dalam perlawanan pusingan kedua untuk menempah tempat ke suku akhir bertemu Belanda.

Gol-gol Brazil telah dijaringkan oleh Juan, Luis Fabiano dan Robinho.

Sambung baca.....

Sunday 27 June 2010

Ghana Cipta Sejarah,Ghana 2 USA 1

Ketua Pasukan Ghana,John Mensah bersalaman dengan ketua pasukan Amerika Syarikat,Carlos Bocanegra sebelum mula perlawanan ke Suku Akhir.


RUSTENBURG-Wakil tunggal Afrika, Ghana mencipta sejarah layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu selepas cemerlang mengalahkan Amerika Syarikat (AS) 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan masa tambahan.

Gol Ghana dijaringkan Kevin Prince Boateng seawal minit ke-5 selepas menewaskan pemain tengah AS di tengah padang sebelum meledakkan tendangan kencang di sebelah kiri penjaga gol AS, TIm Howard.

Selepas separuh masa kedua bermula, AS mula mengatur serangan dan memperoleh sepakan penalti selepas Dempsey dijatuhkan Jonathan (Ghana) di dalam petak penalti.

Bintang bola sepak AS berusia 28 tahun, Landon Donovan menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 selepas mengelirukan penjaga gol Ghana, Kingson yang gagal membaca gerakan pemain tengah AS itu yang menghantar bola di sebelah kirinya.

Selepas hanya tiga minit separuh pertama masa tambahan bermula, pemain Ghana, A Gyan menjaringkan gol pada minit ke-93 selepas merembat kencang dengan kaki kiri melepasi Tim Howard.


Sambung baca.....

Uruguay Yang Pertama Mara,Uruguay 2 Republik Korea 1

PORT ELIZABETH - Dua gol daripada Luis Suarez membantu Uruguay menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 apabila menang 2-1 ke atas wakil Asia, Korea Selatan di Stadium Nelson Mandela Bay, semalam.

Kejayaan itu adalah pencapaian terbaik Uruguay yang tidak pernah melepasi peringkat suku akhir sejak tahun 1970, sementara Korea Selatan tetap boleh berbangga kerana pencapaian di pusingan kedua adalah yang terbaik ketika beraksi di luar negara.

Uruguay akan bertemu pemenang antara Amerika Syarikat dan Ghana dalam satu lagi pertemuan pusingan kedua pada awal pagi ini.

Kecuaian penjaga gol Korea, Jung Sung-Ryong memberikan Uruguay terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-8 melalui penyerang Ajax, Luis Suarez.

Daripada gerakan diilhamkan oleh Edinson Cavani, pemain Palermo itu memberikan hantaran tinggi kepada Diego Forlan yang berlari ke arah sebelah kiri kawasan Korea.

Forlan kemudian melakukan hantaran silang rendah yang sepatutnya boleh ditangkap mudah oleh Sung-Ryong, namun dia kelihatan tidak bersedia pada situasi berkenaan.

Bola jatuh tepat di kaki Suarez yang bersedia di sebelah kanan sebelum tenang melepaskan sepakan penyudah untuk gol pendahuluan Uruguay.

Tersentak dengan gol itu, Korea melipatgandakan asakan dan lebih banyak menguasai permainan sementara Uruguay terpaksa bertahan, namun sekali-sekala turut melakukan serang balas.

Tandukan Park Ji-Sung hampir mendapatkan gol penyamaan Korea pada minit ke-56 yang berpunca daripada hantaran silang Cha Du Ri tetapi Fernando Muslera sudah dapat membaca percubaan pemain Manchester United itu.

Korea memasukkan penyerang, Lee Dong-Gok menggantikan Kim Jae-Sung pada minit ke-60 dan akhirnya gol yang dicari menjelma lapan minit kemudian.

Lee Chung-Yong meletakkan Korea kembali dalam saingan selepas bola sepakan percuma yang diambil Ki Sung-Yeung gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Uruguay.

Pemain Bolton itu mudah menanduk menewaskan Muslera yang jelas sudah terkeluar posisi untuk gol penyamaan Korea.

Namun, Suarez memadamkan api perjuangan Korea pada minit ke-80 dengan gol ketiga peribadinya di kejohanan ini dengan rembatan lencong ke sebelah kanan yang terlebih dahulu mengenai palang sebelum menuju masuk ke dalam gawang Korea untuk kemenangan mutlak Uruguay.

Walaupun Korea cuba bangkit mencari gol penyamaan, mereka terpaksa berputih mata apabila Dong-Gok gagal memanfaatkan peluang terbaik pada minit ke-86 selepas diselamatkan oleh Muslera sebelum dikeluarkan oleh pertahanan Uruguay.

Sambung baca.....

Friday 25 June 2010

10 Yang Menarik Tentang Nigeria

Bendera Nigeria
1. Pengendali dari Sweden, Lars Lagerback adalah jurulatih terbaru Nigeria - mereka sudah ada 33 orang jurulatih sejak 1949 dan 10 daripadanya dari luar negara. Jurulatih asing pertama adalah bekas penyerang Fulham, John Finch.

2. Jurulatih terdahulu Shaibu Amodu sepatutnya berada dalam senarai kakitangan kejurulatihan Lagerback di Afrika Selatan tetapi beliau diberi cuti sejak dipecat daripada jawatan tertinggi itu. Bekas penyerang Everton, Daniel Amokachi mengambil alih tempatnya.

3. Sebaik selepas dinamakan sebagai Gadis Paling Cantik di Nigeria 2008 dan mengisytiharkan, "Saya tidak dan tidak pernah mempunyai teman lelaki", Adaeze Igwe disambar oleh pemain pertahanan Everton, Joseph Yobo.

4. Melakukan penghormatan ketika perkahwinan Yobo pada awal pagi 1 Januari 2010, paderi Isah El Buba memberitahu Yobo bahawa dia akan ke Piala Dunia dengan "kaki emas kurniaan tuhan".

5. Sepakan kencang pemain pertahanan kiri, Taye Taiwo pernah dirakamkan dengan kelajuan 132 kilometer sejam.

6. Nigeria meninggalkan hotel Piala Dunia mereka pada Mei lalu selepas delegasi mendapati pangkalan asal mereka di utara Durban itu "terlalu bising, banyak nyamuk dan tidak selamat". Namun mereka masih terpaksa membayar wang deposit sebanyak STG85,000 (RM404,000).

7. Pemain Fulham, Dickson Etuhu tidak bermain bola sepak hinggalah dia berusia 15 tahun, sebaliknya dia mewakili Britain dalam acara olahraga - lompat jauh dan lompat kijang, pada kejohanan olahraga remaja.

8. Apabila Yakubu Aiyegbeni kembali daripada kecederaan awal tahun ini, penyokong Everton mengejeknya dengan versi lagu hit Mark Morrison: "Return of the Yak, Return of the Yak, Return of the Yak, We know that you've got fat".


9. Pemain Hull City, Seyi Olofinjana masih belajar kejuruteraan bawah laut dan mahu menguruskan pelantar minyak selepas bersara.

10. Satu temubual telefon Newsnight pada 2005 dengan John Obi Mikel mengenai perpindahan kontroversinya ke Chelsea sebenarnya dikendalikan oleh seorang penyamar.


Sambung baca.....

Hammam Bangga Dengan Pencapaian Asia Setakat Ini.

Mohamed Bin Hammam (Presiden Gabungan Bola Sepak Asia[AFC])

CAPE TOWN: Pegawai bola sepak Asia menggesa Jepun dan Korea Selatan supaya tidak berpuas hati dengan keupayaan mara ke pusingan 16 terakhir kerana masih banyak halangan menunggu.

Kedua-dua kuasa besar Asia itu melakar sejarah di Afrika Selatan apabila mengatasi ramalan prakejohanan dengan persembahan meyakinkan.

Walaupun kedua-dua mereka pernah mara ke pusingan kedua pada 2002, pencapaian itu dicapai di gelanggang sendiri.

Tidak pernah mereka mara sebegitu jauh di negara asing dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia, Mohamed Hammam menggesa kedua-dua pasukan itu supaya meletakkan sasaran lebih tinggi.


“Mereka bermain dengan semangat tinggi menentang antara pasukan paling sukar di dunia bagi mencapai keputusan memberangsangkan itu. Sekarang mereka patut menaruh harapan lebih tinggi,” katanya. “Sekali lagi Asia begitu bangga dengan pencapaian Korea dan Jepun.


“Saya juga mengucapkan tahniah kepada peminat kami di seluruh Asia dan bagi pihak mereka, saya mengucapkan selamat maju jaya buat Korea dan Jepun.” Ramai yang tidak menjangkakan pasukan Asia memiliki dua pasukan yang masih kekal beraksi di kejohanan ini dan pencapaian mereka itu disambut dengan kegembiraan, terutama di kedua-dua negara itu.


Dua lagi pasukan Asia, Australia dan Korea Utara tersingkir daripada saingan apabila tidak melepasi peringkat kumpulan.


Sambung baca.....

Sepanyol dan Chile Layak,Sepanyol 2 Chile 1

PRETORIA: Sepanyol mengakhiri perlawanan terakhir Kumpulan H Piala Dunia dengan kemenangan bergaya 2-1 menumpaskan Chile di Stadium Loftus Versfeld.

Gol Sepanyol dihasilkan oleh penyerang David Villa pada minit ke-24 dan Andres Iniesta pada minit ke-36.

Chile pula mendapat gol sagu hatinya menerusi pemain gantian, Rodrigo Millar pada minit ke-46 meskipun terpaksa bermain sepanjang 53 minit dengan 10 pemain.

Bagaimapun, Sepanyol dan Chile layak ke pusingan kalah mati apabila masing-masing muncul juara dan naib juara kumpulan.

Sepanyol akan bertemu Portugal selaku naib juara Kumpulan G pada 30 Jun depan manakala Chile berdepan Brazil sehari sebelum itu.

Sambung baca.....

Switzerland 0,Honduras 0

Switzerland


Honduras

BLOEMFONTEIN: Honduras dan Switzerland terikat tanpa jaringan dalam perlawanan terakhir Kumpulan H dengan kedua-dua pasukan tersingkir daripada saingan Piala Dunia kali ini.



Sambung baca.....

Brazil dan Potugal Layak Ke Pusingan Kalah Mati

DURBAN: Pertemuan Portugal dan Brazil dalam perlawanan terakhir Kumpulan G di Stadium Moses Mabhida berkesudahan seri 0-0.

Dengan keputusan, Brazil dan Pertugal yang masing-masing juara dan naib juara kumpulan melangkah ke pusingan kalah mati.

Sambung baca.....

Korea Utara 0,Cote d'Ivoire 3

NELSPRUIT: Ivory Coast menundukkan Korea Utara 3-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan G Piala Dunia FIFA 2010 yang berlangsung di Stadium Mbombela, sebentar tadi.

Gol Ivory Coast dijaringkan Toure Yaya pada minit ke-14, Romaric (minit ke-20) dan Kalou (minit ke-82).



Sambung baca.....

Belanda Tewaskan Cameroon 2-1,Belanda Mara

CAPE TOWN: Belanda yang sudah layak ke pusingan kedua kalah mati saingan Piala Dunia 2010 meneruskan keunggulan dengan menewaskan Cameroon 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan E, di Stadium Green Point.

Belanda menjuarai kumpulan berkenaan dengan Jepun mengiringnya ke pusingan kedua selaku naib juara selepas menumpaskan Denmark 3-1.

Gol Belanda diperoleh menerusi penyerang Arsenal, Robin van Persie pada minit ke-36 dan Klas-Jan Huntelaar pada minit ke-83, manakala Cameroon menerusi penalti Samuel Eto’o pada minit ke-65.

Sambung baca.....

Jepun 3 Denmark 1,Jepun Mara Ke Kelompok 16

RUSTENBURG: Jepun menjadi wakil Asia kedua melangkah ke pusingan kedua apabila mengejutkan Denmark 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Royal Bafokeng.

Jepun mengiring Belanda selaku juara kumpulan yang mudah menewaskan Cameroon 2-1.

Sebelum ini, Korea Selatan menjadi wakil Asia pertama layak ke pusingan kalan mati.

Gol Jepun disumbangkan Keisuke Honda pada minit ke-17 dikuti Yasuhito Endo pada minit ke-30.

Shinji Okazaki melengkapkan kemenangan pasukan Negara Matahari Terbit itu dengan gol minit ke-87 manaka Denmark memperoleh gol saguhati melalui Jon Dahl Tomasson pada minit ke-81.

Jepun akan berdepan Paraguay di pusingan kedua pada 29 Jun ini.

Sambung baca.....

Slovakia 3 Italy 2

JOHANNESBURG: Slovakia menewaskan juara bertahan Itali 3-2 pada perlawanan Kumpulan F di Stadium Ellis Park.

Kemenangan itu membolehkan Slovakia layak ke pusingan kedua dan menyingkirkan Itali daripada kejohanan.

Slovakia mendahului selesa menerusi gol Robert Vittek pada minit ke-25 dan ke-73.

Itali merapatkan jurang gol menerusi jaringan Antonio Di Natale pada minit ke-81.

Namun, pemain gantian, Kamil Kopunek mengembalikan kelebihan gol Slovakia menerusi jaringan pada minit ke-89.

Itali sekali lagi merapatkan jurang gol, kali ini menerusi jaringan Fabio Quagliarella pada minit kedua masa tambahan.

Namun, segalanya sudah terlambat untuk Itali menyelamatkan kempen bagi mempertahankan kejuaraan.

Sambung baca.....

Wednesday 23 June 2010

Ketiadaan Kaka Bukan Satu Masalah

JOHANNESBURG: Menggantikan tempat Kaka mungkin tidak sesukar mana buat jurulatih Brazil, Dunga.

Kaka tidak dapat bermain pada perlawanan terakhir Brazil dalam Kumpulan G menentang Portugal Jumaat ini ekoran dilayangkan kad merah pada lewat permainan ketika Brazil menewaskan Ivory Coast, namun Dunga mempunyai banyak pilihan pemain untuk menggantikan pemain bintang yang menjadi perancang pasukan tanpa menjejaskan rentak pasukan.

Julio Baptista ialah pilihan pengganti sebenar untuk Kaka tetapi pilihan lain dimiliki Dunga termasuk Daniel Alves, Ramires dan Kleberson. Malah, Robinho juga boleh berfungsi selaku pemain tengah.

“Banyak yang kami boleh lakukan di bahagian tengah,” kata Dunga. “Kami memiliki ramai pemain berkebolehan.”

Brazil sudah mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala Dunia tetapi perlawanan menentang Portugal di Durban bakal menentukan juara kumpulan dan skuad Dunga hanya perlu seri untuk muncul juara kumpulan dan kekal di Johannesburg untuk pusingan 16 pasukan terbaik.

“Dunga akan membuat penilaian bagaimana taktik terbaik dan dia akan memilih pemain yang difikirkannya mempunyai keupayaan lebih baik untuk membantu Brazil menentang Portugal,” kata Kaka semalam.
Walaupun Dunga mungkin tidak dapat pengganti sebaik Kaka yang juga bekas pemain terbaik dunia, jurulatih itu seharusnya gembira kerana mempunyai lebih satu pilihan untuk mengisi kekosongan pemain itu.

Sambung baca.....

10 Perkara Menarik Greece

1. Skuad kebangsaan Greece mendapat jolokan The Pirate Ship (Kapal lanun) - merujuk kepada model kapal yang digunakan ketika majlis pembukaan Euro 2004 yang melambangkan sejarah penerokaan Portugal. Pengulas sukan, Georgios Helakis mencadangkan supaya skuad itu sepatutnya menjadi 'lanun dan mencuri kemenangan' dan apa yang pelik ialah mereka berjaya melakukannya dengan muncul juara Euro 2004.

2. Jurulatih kelahiran Jerman, Otto Rehhagel mahu setiap pemainnya untuk mengamalkan corak kawalan berpasangan - selaras dengan ayat yang pernah diluahkannya: "Saya mahu tahu apa pewangi yang digunakan oleh setiap pemain di Eropah."

3. Sotirios Kyrgiakos memberi inspirasi kepada lagu Liverpool seiring dengan rentak Campione. Ia berbunyi: "Kami berkata hari-harinya semakin hampir. Kini dia bermain di sini setiap minggu. Kami tidak boleh menyebut nama keluarganya, jadi kami memanggilnya Nick orang Greek. Oooh Kyrgiakos, satu-satunya dan hanya seorang, dia adalah seorang yang bodoh."

4. Selasa dianggap sebagai hari paling malang buat rakyat Greece. Memang satu petanda buruk apabila perlawanan ketiga peringkat kumpulan mereka menentang Argentina dijadualkan berlangsung pada Selasa 22 Jun.

5. Panathinaikos dikenali sebagai The Rabbits (Arnab) - justeru apabila pemain tengah, Giorgos Karagounis mengambil sepakan sudut di Iraklis, Disember lalu, peminat tuan rumah menghulur lobak merah kepadanya.

6. Sotiris Ninis menghabiskan masa selama enam bulan ketika musim 2006/7 di Panathinaikos sebagai budak pengutip bola manakala bakinya sebagai pemain kesebelasan utama.

7. Pada masa-masa tertentu, pemain skuad kebangsaan Greece didapati suka berjaga malam terutama malam sebelum perlawanan besar untuk minum kopi.

8. Ketika Theofanis Gekas dikenali sebagai 'the Greek God' (tuhan orang Greek) di kalangan peminat Bayer Leverkusen, penyerang Celtic, Giorgos Samaras pula dilabel sebagai 'the Greek Tragedy' (tragedi orang Greek) ketika beraksi bersama Manchester City.


9. Sebelum kejayaan membanggakan di Euro 2004, rekod Greece pada kejohanan utama memang hambar iaitu sekadar satu seri dan lima tewas.

10. Gekas diikat menerusi pinjaman oleh Portsmouth pada Januari 2009 tetapi kerap diketepikan selepas pengurus, Tony Adams dipecat seminggu selepas dia diambil bermain. Penyerang itu hanya beraksi selama seminit buat kelab Fratton Park bagi menggantikan Jermaine Pennant dalam perlawanan berkesudahan seri 2-2 ketika menentang West Brom, April lalu.


Sambung baca.....

Korea Seri Dengan Nigeria 2-2,Korea Layak Ke Kelompok 16

DURBAN - Korea Selatan melangkah ke pusingan kedua selepas berhempas pulas diikat Nigeria 2-2 pada perlawanan mendebarkan.

Keputusan seri sudah memadai buat Korea Selatan untuk menjadi pasukan Asia pertama melangkah ke pusingan kalah mati pada Piala Dunia kali ini.

Korea Selatan naib juara Kumpulan B akan bertemu juara Kumpulan A, Uruguay pada 26 Jun ini.

Ia merupakan kejayaan sulung Korea Selatan melangkah ke pusingan kedua pada kejohanan di luar negara mereka.

Negara itu pernah mara ke separuh akhir pada Piala Dunia 2002, namun ketika itu mereka menjadi tuan rumah bersama Jepun.

Pada aksi awal pagi tadi, Nigeria mencemaskan wakil Asia itu, apabila meraih gol awal menerusi Kalu Uche pada minit ke-12.

Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan menerusi Lee Jung-Soo pada minit ke-38 dan mendahului menerusi Park Chu-Young pada minit ke-49.

Nigeria memperoleh gol penyamaan hasil penalti Yakubu Aiyegbeni pada minit ke-69.


Sambung baca.....

Tuesday 22 June 2010

Uruguay dan Mexico Layak Ke Pusingan Seterusnya,Afrika Selatan dan Perancis Tersingkir.

Kumpulan A : Layak

Kumpulan A : Tersingkir
BLOEMFONTEIN - Uruguay, Mexico berjaya menempah tempat ke pusingan kedua Piala Dunia 2010, manakala pasukan tuan rumah, Afrika Selatan dan juara Piala Dunia 1998, Perancis tersingkir.

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan A itu menyaksikan Uruguay berjaya menewaskan Mexico 1-0, sementara tuan rumah berjaya menumpaskan Perancis 2-1.

Mexico berkongsi mata dengan Afrika Selatan, namun pasukan Amerika Utara itu berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas skuad Bafana-Bafana bolos lima gol keseluruhan

Sambung baca.....

John Terry Ketuai Pemberontakan Kecil England

RUSTENBURG Afrika Selatan – Satu ‘pemberontakan kecil’ dikatakan berlaku dalam kem England apabila sembilan pemain mengemukakan tiga tuntutan kepada jurulatih, Fabio Capello demi menyelamatkan kempen Piala Dunia mereka.

Bekas ketua pasukan, John Terry mengetuai pemberontakan itu, yang turut disertai ketua pasukan, Steven Gerrard, naib ketua pasukan, Frank Lampard dan penjaga gol, David James.

Keadaan ini dikatakan menimbulkan rasa kurang gembira dalam bilik persalinan pasukan itu menjelang perlawanan terakhir Kumpulan C, menentang Slovenia, esok.

Antara yang dituntut pemain senior ini adalah menggantikan Emile Heskey kepada Joe Cole dalam pertemuan menentang Slovenia, selepas Heskey mempamer dua aksi hambar.

Malah, mereka juga menuntut jurulatih menukar taktik permainan untuk menjadikan ia tidak membosankan seperti ketika menentang Amerika Syarikat dan Algeria, yang berakhir seri 1-1 dan 0-0.

Kumpulan pemain ini percaya, satu-satunya cara untuk mengurangkan kebosanan permainan apabila bertemu Slovenia adalah menggunakan taktik menyerang dan lebih banyak menganalisis lawan.

Namun, Capello yang enggan bertolak ansur, tidak mahu membincangan tentang desakan mereka.

Malah jurulatih dari Itali itu berkata, dia berhak memilih barisan pemain dan hanya membincangkan persembahan keseluruhan.

Bekas kapten Terry berkata, dia akan cuba mendesak supaya permintaan itu dipenuhi. Dia juga merayu peminat England menyokong mereka meskipun terdapat kontroversi Wayne Rooney yang panas baran, melakukan sindiran terhadap mereka selepas seri menentang Algeria.

Versi apa yang sebenarnya berlaku dalam mesyuarat petang kelmarin berbeza-beza tetapi dibongkar oleh beberapa orang dalam England kepada media negara itu.

Terry bagaimanapun dilaporkan dipujuk supaya tidak mengatakan apa-apa kerana bimbang ia akan mencetuskan perbalahan dengan Capello, sekali gus menimbulkan krisis buruk dalam kem England.

“Jika kami berasa sesuatu perlu diubah, maka kami terhutang kepada negara anda tidak menyuarakannya, sebab itu saya perlu memberitahu pengurus apa yang saya rasa perlu.

“Jika ia menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pihak lain, biarlah,’’ ujar Terry.

Terry turut mendakwa bahawa dia mendapat sokongan sehingga lapan pemain lain, namun tiada siapa pun berani tampil untuk mengukuhkan dakwaannya itu kerana enggan mengambil risiko menimbulkan kemarahan Capello.

England mesti menang ke atas Slovenia esok untuk menghidupkan peluang ke pusingan kedua, atau terpaksa menanggung aib pulang lebih awal.

Jika itu berlaku, maka ia adalah malapetaka kedua buat England, yang turut gagal melayakkan diri ke Kejohanan Eropah 2008.

Malah, ia akan menjadi keputusan terburuk dalam sejarah bola sepak negara itu sejak 1958.

Sambung baca.....

Minta Perlindungan Untuk Sani Kaita


Sani Kaita : Pemain Nigeria

JOHANNESBURG - Pasukan Nigeria meminta kerajaannya menyediakan kawalan keselamatan kepada Sani Kaita selepas pemain itu menerima 1,000 ancaman bunuh.

Kaita menjadi mangsa kemarahan peminat Nigeria selepas dilayangkan kad merah ketika pasukannya kalah 1-2 kepada Greece.

Jurucakap pasukan, Idah Peterside berkata, Kaita telah menerima ancaman bunuh melalui e-mel dari Nigeria sejak dia dibuang padang kerana menendang pemain Greece, Vassilis Torosidis pada minit ke-33.

"Kami berharap kerajaan mengambil serius berhubung ancaman bunuh ini," kata Peterside.

Menurutnya, Menteri Sukan Nigeria, Ibrahim Bio yang tinggal bersama skuad negara itu di hotel di Afrika Selatan juga sudah dimaklumkan mengenai ancaman tersebut.

"Saya yakin mereka akan melakukan sesuatu. Ibrahim telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil ke atas peminat pelampau ini," jelas Peterside.

Sementara itu, jurucakap polis Afrika Selatan, Vishnu Naidoo berkata, semua pasukan di Piala Dunia menerima perlindungan secukupnya dan dia tidak menerima sebarang laporan berlaku ancaman ke atas pemain Nigeria.

Sambung baca.....

Monday 21 June 2010

Pengadil Koman Coulibaly

JOHANNESBURG - Pengadil profesional FIFA akan memberikan komen berhubung persembahan pegawai perlawanan, Koman Coulibaly hari ini ketika bertugas dalam perlawanan Amerika Syarikat menentang Slovenia yang berkesudahan seri 2-2.

Jurucakap FIFA, Nicolas Maingot berkata, badan itu tidak akan membincangkan persembahan Coulibaly yang akan disertai oleh 30 pegawai Piala Dunia dan ahli jawatankuasa pengadil FIFA dalam pertemuan bersama media nanti.

Menurut Maingot, panel juga belum bersetuju jika mana-mana pengadil dibuang daripada tugas sebelum kejohanan berakhir.

Katanya, perbincangan tersebut perlu dilaksanakan oleh jawatankuasa pengadil untuk membuat sebarang persetujuan.

Sambung baca.....

Chile 1 Switzerland 0

PORT ELIZABETH: Perlawanan kumpulan H menyaksikan Chile menang 1-0 ke atas Switzerland di Stadium Nelson Mandela Bay.

Gol Chile dijaringkan M Gonzalez pada minit ke-75 selepas menanduk masuk hantaran lintang rakan sepasukannya.

Sementara itu, pemain Switzerland, Behrami dilayangkan kad merah pada minit ke-31 selepas menyiku pemain Chile.

Sambung baca.....

Portugal Menang Besar,Portugal 7 Korea Utara 0

CAPE TOWN: Portugal menewaskan Korea Utara 7-0 dalam perlawanan kumpulan G kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Green Point.

Gol Portugal dijaringkan Raul Meireles pada minit ke-29, Simao (minit ke-53), Hugo Almeida (minit-56), Tiago (minit ke-60,89), Liedson (minit ke-81) dan Cristiano Ronaldo (minit ke-87).

Sebelum tamat separuh masa pertama di mana Portugal sudah mendahului 1-0, kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dalam keadaan hujan renyai-renyai dan padang basah untuk tempoh 45 minit.

Sambung baca.....

Brazil Tewaskan Ivory Coast,3-0

JOHANNESBURG: Luis Fabiano menjaring dua gol bagi membantu kemenangan selesa Brazil ke atas Ivory Coast pada perlawanan peringkat Kumpulan G di Stadium Soccer City.

Kemenangan Brazil itu sedikit tercalar apabila pemain tengah, Kaka dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua, dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Gol ketiga skuad samba itu diperoleh menerusi Elano pada minit ke-62, sebelum, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal buat Ivory Coast pada minit ke-79.

Sambung baca.....

"Singkirkan 'Pemberontak' ",Hitzfeld.

Ottmar Hitzfeld : Jurulatih Switzerland
PORT ELIZABETH: Jurulatih veteran Switzerland, Ottmar Hitzfeld berkata pegawai bola sepak Perancis hanya memiliki satu pilihan untuk menamatkan krisis dalam pasukan kebangsaan negara itu dengan 'menyingkirkan pemberontak'.

Kempen Perancis menghadapi Piala Dunia semakin di penghujung apabila pemain enggan berlatih sebagai memprotes tindakan penyingkiran penyerang antarabangsa, Nicolas Anelka selepas mengkritik hebat jurulatih, Raymond Domenech.

Hitzfeld, salah seorang daripada tiga jurulatih yang memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah sebanyak tiga kali dengan kelab yang berlainan berkata, ia berkaitan bagaimana seseorang jurulatih itu membuat keputusan apabila berdepan dengan masalah yang sama.

“Jika berlaku kepada saya, saya akan berkata kepada mereka "Selamat Tinggal"," katanya.

Bagimanapun jurulatih dari Jerman berusia 61 tahun itu berkata, perkara yang sedang dihadapi Domenech tidak pernah dihadapinya setakat ini.

“Seseorang jurulatih dan pemain mesti satu hati, kalau tidak ucapkan selamat tinggal," katanya.

Bekas jurulatih Borussia Dortmund dan Bayern Munich itu sebelum ini melaungkan bahawa Switzerland bakal menjadi pasukan pemusnah selepas mengejutkan Sepanyol 1-0 dan akan bertemu Chile hari ini untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati 16 pasukan.
“Pasukan saya mempunyai karekter yang kuat. Kami mempunyai ramai pemain muda tetapi mereka berpengalaman.

Sementara itu, jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque, yang pernah menyingkirkan Anelka ketika bermain di Real Madrid, berkata sebarang kontroversi adalah sesuatu yang amat malang buat sukan bola sepak.

“Apabila pemain memberontak terhadap jurulatih, saya tidak percaya ia baik utnuk sukan bola sepak," katanya.

“Antara kami, pemain dan jurulatih, kami adalah satu keluarga dan kami mesti turun dengan prestasi terbaik di setiap perlawanan," katanya.

Sambung baca.....

Drogba Sokong Anelka

Didier Drogba
JOHANNESBURG: Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba menyatakan sokongannya terhadap rakannya dari Chelsea, Nicolas Anelka yang meninggalkan skuad Perancis selepas mengkritik jurulatih selepas Perancis kalah kepada Mexico, Jumaat lalu.

“Dia menjadi rakan sepasukan di Chelsea sejak dua setengah tahun lalu. Ya, saya menyokong tindakannya," kata Drogba.

“Saya berdoa agar dia sentiasa berjaya dan sekarang tentu saat yang sukar baginya. Tapi, dia mempunyai kekuatan mental dan dia seorang wira.

"Saya terkejut apabila dia disingkirkan daripada skuad Perancis," katanya.

Anelka disingkirkan daripada pasukan selepas mengeluarkan kata-kata kesat terhadap jurulatih Perancis, Raymond Domenech berhubung taktik dan cara pengurusan jurulatih berkenaan selepas kalah 2-0 kepada Mexico, Jumaat lalu.

Semalam, skuad kebangsaan Perancis enggan turun berlatih sebagai menyatakan sokongan mereka terhadap Anelka.

Sambung baca.....

Sunday 20 June 2010

Perancis Tidak Mahu Berlatih Gara-gara Penyingkiran Anelka

KNYSNA, Afrika Selatan: Pasukan Piala Dunia Perancis enggan berlatih hari ini sebagai membantah penyingkiran Nicolas Anelka.

Anelka disingkirkan daripada pasukan itu selepas mengeluarkan kata kesat kepada jurulatih Raymond Domenech yang taktik dan pengurusannya kini dipertikaikan.

“Mereka mengambil keputusan berdasarkan fakta yang dilaporkan media. Berikutan itu dan bagi membantah keputusan pegawai Persekutuan Bola Sepak Perancis, semua pemain tidak mengambil bahagian dalam latihan hari ini,” kata Domenech yang membaca kenyataan bagi pihak pemain.
Perkembangan terbaru itu menyebabkan pengarah pasukan Perancis, Jean-Louis Valentin, meletakkan jawatan.

"Mereka tidak mahu berlatih. Ia tidak boleh diterima. Bagi saya segalanya sudah berakhir," kata Valentin.

Pasukan Perancis tiba untuk latihan sepeti biasa dan turun daripada bas untuk menemui peminat tetapi Domenech dan kapten pasukan, Patrice Evra, berada lebih lama di atas bas untuk berbincang.

Apabila Domenech dan Evra turun, jurulatih kecergasan, Robert Duverne, meletakkan kon latihan di padang.
Evra kemudian bertengkar dengan Duverne dan apabila Domenech datang unuk campur tangan, Duverne meninggalkan padang sambil membaling lencana akreditasinya.

Evra kemudian memberikan sepucuk surat kepada pegawai media dan semua pemain menaiki semula bas dan menutup tirai.

Sambung baca.....

Italy Sekadar Seri Menentang New Zealand

NELSPRUIT — Penyandang juara Piala Dunia, Itali hanya sekadar seri 1-1 menentang New Zealand dalam satu lagi keputusan yang mengejutkan di Afrika Selatan semalam.

All White yang menduduki tangga ke-78 dunia mendahului seawal minit ketujuh apabila ketua pasukan Itali, Fabio Cannavaro melakukan kesilapan seterusnya membenarkan Shane Smeltz menjaringkan gol sebelum Vincenzo Iaquinta menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-29.

Sambung baca.....

Slovakia 0 Paraguay 2

BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan: Paraguay menewaskan Slovakia 2-0 pada perlawanan Kumpulan F, Piala Dunia 2010, di Stadium Free State.

Gol dijaringkan Enrique Vera pada minit ke-27 dan Cristian Riveros pada minit ke-86.



Sambung baca.....

Saturday 19 June 2010

England Gagal Lagi,England 0 Algeria 0

CAPE TOWN - England masih gagal mencari kemenangan pertama di Piala Dunia 2010 apabila sekadar seri tanpa jaringan berdepan Algeria di Stadium Green Point, awal pagi tadi.

Persembahan skuad Three Lions sepanjang 90 minit bagaikan serba tidak menjadi malah aksi bintang Manchester United, Wayne Rooney bagaikan hilang taring dan gagal memberikan ancaman kepada pertahanan Algeria.

Dengan keputusan tersebut, England yang hanya memungut dua mata dan menduduki tangga ketiga Kumpulan C perlu menang dalam perlawanan terakhir berdepan Slovenia pada 23 Jun nanti untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.

"Kami tidak cukup agresif. Kami gagal mengancam kubu lawan.

"Tiada alasan buat England, kami mesti menang perlawanan terakhir jika mahu melangkah jauh," keluh kapten England, Steven Gerrard.

Bagi Algeria, keputusan seri menghidupkan kembali sisa-sisa harapan untuk ke pusingan kalah mati berbekalkan satu mata.

Kedua-dua pasukan melakukan pertukaran penjaga gol untuk perlawanan kali ini, England memilih David James menggantikan Robert Green sementara Algeria menyenaraikan Rais M'Bolhi dan menyimpan khidmat Faouzi Chaouchi.

Algeria atau dikenali Desert Foxes dilihat lebih mengancam pada awal babak pertama dan peluang mereka hadir pada minit ke-20.

Berpunca daripada hantaran silang Karim Ziani, Hassan Yebda berjaya menanduk masuk tepat ke pintu gol England namun David James tenang menafikan percubaan berkenaan.

England yang kelihatan lambat panas dalam perlawanan itu, akhirnya berjaya memperoleh peluang terbaik pada minit ke-32 melalui Frank Lampard selepas menerima umpanan daripada Glenn Johnson.

Bagaimanapun, bintang Chelsea itu hanya merembat lemah dari jarak 12 meter dan mudah diselamatkan oleh penjaga gol Algeria, Rais M'Bolhi.

Walaupun Fabio Capello memasukkan Jermain Defoe dan Peter Crouch pada pertengahan separuh masa kedua, England terus buntu.

Sambung baca.....

Slovenia dan Amerika Syarikat Sekadar Seri 2-2

JOHANNESBURG: Amerika Syarikat bangkit dramatik daripada ketinggalan 2-0 pada babak pertama sebelum gah mengikat Slovenia 2-2, malam tadi - sekali gus menghidupkan peluang mereka dalam kancah Piala Dunia kali ini. JOHANNESBURG: Amerika Syarikat bangkit dramatik daripada ketinggalan 2-0 pada babak pertama sebelum gah mengikat Slovenia 2-2, malam tadi - sekali gus menghidupkan peluang mereka dalam kancah Piala Dunia kali ini.

Slovenia yang menewaskan Algeria 1-0 dalam perlawanan pembukaan mendahului 2-0 menerusi jaringan Valter Birsa seawal minit ke-13 sebelum Zlatan Ljubijankic mengukuhkan kedudukan tiga minit sebelum tamat babak pertama.

Namun, Landon Donovan merapatkan jurang dengan gerakan solo menarik tiga minit selepas babak kedua bersambung dan penyerang AS, Michael Bradley - yang juga anak jurulatih Bob Bradley - menyamakan kedudukan minit ke-82.

Pemain gantian, Maurice Edu menolak masuk sepakan percuma Donovan, lima minit sebelum tamat tetapi pengadil dari Mali, Koman Coulibaly membatalkannya.

“Saya masih tidak tahu mengapa jaringan itu tidak dibenarkan,” kata Bradley.
“Tiada siapa yang tahu ketika ini. Namun, pasukan ini tahu bagaimana untuk berjuang dalam 90 minit. Inilah yang kita mahu saksikan dari semasa ke semasa.”
Donavan yang turut kecewa berkata: “Saya tidak tahu bagaimana mereka meragut gol terakhir daripada kami. pengadil tidak memberitahu kami kenapa ia dibatalkan.”

Slovenia mendahului Kumpulan C dengan empat mata, mengatasi AS yang mengumpul dua mata.

Sambung baca.....

Serbia Kejutkan Jerman 1-0

PORT ELIZABETH: Serbia membuat kejutan besar menewaskan Jerman 1-0 selepas Miroslav Klose diperintah keluar padang dan Lukas Podolski gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan Kumpulan D, malam tadi.

Milan Jovanovic muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-38 ketika juara dunia tiga kali itu masih terkejut selepas penyerang Klose diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua seminit sebelum jaringan lawan

“Perlawanan babak kedua bukan 45 minit tetapi ia seperti dua tahun untuk kami,” kata Jovanovic. “Kami menewaskan Jerman selepas 37 tahun dan ini sesuatu yang amat besar bagi pasukan.

Jerman harus menyamakan kedudukan pada minit ke-61 selepas bola terkena tangan pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic dalam kotak penalti tetapi penjaga gol, Vladimir Stojkovic meneka tepat sepakan penalti Podolski dengan merebahkan badannya ke kiri.

“Kami mempunyai banyak masalah, dua kad kuning untuk Klose, lawan memperoleh gol pertama dan kemudian kami gagal menjaringkan gol daripada sepakan penalti - semua itu menyebabkan kami sukar bangkit,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew yang masih percaya pasukannya mampu mara ke kelompok 16 terakhir.

Jurulatih Serbia, Radomir Antic pula berkata: “Kad merah diterima Klose menyebabkan Jerman tempang tetapi kami amat positif dan bertenaga selepas saya dan pemain berada dalam tekanan tewas dalam perlawanan pembukaan.

“Kami kini boleh menentukan takdir kami sendiri.”
Apapun, Jerman masih mendahului Kumpulan D dengan mengutip tiga mata hasil dua perlawanan, mengatasi Ghana dan Serbia yang juga mengutip tiga mata manakala Australia tanpa sebarang mata.

Sambung baca.....

Friday 18 June 2010

Perancis Tewas Ditangan Mexico,0-2

POLOKWANE - Finalis 2006, Les Bleus sudah boleh memikirkan untuk berkemas pulang, selepas dikejutkan Mexico 0-2 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Peter Mokaba.

Gol Javier Hernandez dan Cuauhtemoc Blanco pada babak kedua, meletakkan Perancis dalam situasi amat sukar untuk ke pusingan kedua, apabila mengumpul satu mata selepas dua perlawanan.

Mexico pula hanya perlu seri dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Uruguay, untuk mengesahkan ke pusingan kedua.

Perancis seakan-akan menerima pembalasan apabila layak ke Afrika Selatan penuh kontroversi, ekoran insiden bola terkena tangan Thierry Henry pada perlawanan playoff menentang Ireland, sehingga tidak mampu beraksi baik.

Hernandez meletakkan Mexico di depan pada minit ke-64, walaupun berada pada kedudukan ofsaid ketika mengelecek penjaga gol Perancis, Hugo Lloris.

Eric Abidal menjatuhkan Pablo Barrera di dalam kotak penalti pada minit ke-79, untuk penyerang veteran, Cuauhtemoc Blanco menyempurnakan penalti

Sambung baca.....

Greece Lawan Nigeria : 2-1

BLOEMFONTEIN - Greece bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan pertama di Piala Dunia apabila menewaskan Nigeria 2-1 dalam aksi Kumpulan A.

Nigeria terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-16 melalui sepakan percuma yang diambil Kalu Uche sebelum melantun masuk ke gawang Greece.

Dimitris Salpingidis menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-44 sebelum Vassilis Torosidis muncul wira pasukannya pada minit ke-71 selepas merembat bola muntah terlepas dari cengkaman Vincent Enyeama untuk gol kemenangan bersejarah Greece.

Sambung baca.....

Thursday 17 June 2010

Argentina Tewaskan Republik Korea 4-1

JOHANNESBURG: Argentina menewaskan Korea Selatan 4-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Soccer City.

Argentina mendahului menerusi gol sendiri Park Chu-young pada minit ke-17 sebelum Gonzalo Higuain menambah gol kedua pada minit ke-33.

Lee Chung-yong merapatkan jurang menerusi gol pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Namun, Higuain mengembalikan kelebihan dua gol untuk Argentina menerusi jaringan pada minit ke-76.

Empat minit kemudian, Higuain melengkapkan hatrik untuk Argentina menang selesa

Sambung baca.....

Wednesday 16 June 2010

Afrika Selatan Tewas Di Tangan Uruguay 3-0

PRETORIA (Afrika Selatan): Uruguay mengejutkan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A Piala Dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld.

Penyerang Uruguay, Diego Forlan meledakkan tendangan kencang dari jarak 25 meter bagi menewaskan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune, pada minit ke-24 sebelum tamat separuh masa pertama.

Pada minit ke-80, Uruguay dianugerahkan sepakan penalti dan Forlan sekali lagi menyempurnakan peluang itu dengan merembat kencang ke arah sebelah kanan atas pintu gol lawan.Gol ketiga Uruguay dijaringkan Alvaro Pereira pada masa kecederaan, iaitu minit ke-95.

Perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung turut menyaksikan penjaga gol Afrika Selatan, Itumeleng Khune dibuang padang selepas didakwa menjatuhkan pemain Uruguay di dalam kotak penalti.

Uruguay kini sudah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan kumpulan itu, manakala Afrika Selatan hanya mempunyai satu mata dan perlu menewaskan Perancis Selasa depan bagi memastikan peluang mereka untuk terus bersaing dalam kejohanan Piala Dunia 2010.

Sambung baca.....

Bola Jabulani Dipersalahkan


PORT ELIZABETH, Afrika Selatan, - Jurulatih Ivory Coast, Sven Goran Eriksson merupakan individu terbaru yang menyuarakan pendapat mengenai Jabulani iaitu bola yang digunakan di Piala Dunia.

Jurulatih kelahiran Sweden telah menuntut satu sidang kemuncak diadakan bagi membincangkan penggunaannya, tetapi bukan selepas Piala Dunia 2010 berakhir.

"Anda boleh lihat dalam perlawanan kelmarin apabila tendangan dilakukan, arah bola menjadi tidak menentu dan membelok ke arah lain.

"Penjaga gol sama sekali tidak menyukai situasi tersebut, kini semuanya sudah terlambat untuk melakukan sesuatu tentang hal itu di Piala Dunia namun ia harus dibahas oleh pihak yang terbabit,'' kata Eriksson selepas pasukannya seri 0-0 dengan Portugal kelmarin.

Menurut Eriksson, setiap orang harus mendengar pendapat penjaga gol terkemuka dunia dan memberi sokongan kepada mereka mengenai perkara tersebut.

"Pengurus, pemain dan syarikat yang menghasilkan bola (Adidas) harus memperkatakannya."

''Bola tersebut telah dilabel 'teruk' oleh penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas, dan 'sukar diduga' oleh penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon, yang kemudian mengatakan bahawa bola tersebut merupakan satu keaiban apabila digunakan dalam pertandingan yang hebat seperti Piala Dunia.

Penjaga gol Brazil, Julio Cesar berpendapat bola tersebut mempunyai kualiti yang sama dengan bola yang dibeli di pasar raya manakala penjaga gol Chile, Claudio Bravo pula mengatakan bola tersebut hanya sesuai untuk permainan bola tampar pantai.

Walaubagaimanapun, Adidas tampil membela produknya.

"Bola tersebut mengikut syarat yang ditetapkan oleh FIFA yang merangkumi, berat, saiz, dan tekanan mengikut suhu.

"Bola kita bukan sahaja menepati syarat yang ditetapkan malah cukup sesuai dengan aksi mereka," kata jurucakap syarikat Jerman itu.

Sambung baca.....

Switzerland Tundukkan Sepanyol 1-0

DURBAN 16 Jun - Switzerland mengejutkan juara Eropah, Sepanyol pada perlawanan pembukaan mereka di Piala Dunia apabila menang 1-0 dalam perlawanan Kumpulan H.

Gol tunggal oleh Gelson Fernandes pada minit ke-52 sudah cukup untuk menamatkan rekod 12 kali kemenangan Sepanyol dan ia juga adalah kemenangan pertama Switzerland ke atas pasukan itu daripada 19 pertemuan.

Jurulatih Sepanyol Vicente Del Bosque memilih untuk tidak menurunkan Fernando Torres di awal perlawanan tetapi tiada pilihan apabila pemain bintang Liverpool itu dimasukkan, sejam selepas perlawanan berlangsung tetapi gagal memberikan sebarang impak.

Pada perlawanan sebelumnya dalam Kumpulan H, Chile berjaya menundukkan Honduras 1-0

Sambung baca.....

Honduras 0 Chile 1

NELSPRUIT 16 Jun - Chile membuka kempen Piala Dunia 2010 bagi Kumpulan H dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Honduras di Stadium Mbombela di sini sebentar tadi.

Gol tunggal Chile dijaringkan oleh Juan Beausejour pada minit ke-34 selepas menolak masuk bola hantaran silang dari sebelah kanan oleh Matias Fernandez.



Sambung baca.....

Tuesday 15 June 2010

Brazil Mendahului Korea Utara 2-1

JOHANNESBURG: Juara Piala Dunia sebanyak lima kali, Brazil menundukkan Korea Utara dalam perlawanan pembukaan kumpulan G di Stadium Ellis Park sebentar tadi.

Brazil kelihatan sukar menembusi tembok pertahanan Korea Utara sebelum separuh masa pertama, sehingga menyebabkan kedudukan terikat 0-0 ketika itu.

Bagaimanapun, pada minit ke-55,Maicon menjaringkan gol melepasi sudut sukar.Kemudian pemain tengah Brazil, Elano menjaringkan gol pada minit ke-72.

Di sebalik ketinggalan dua gol, pemain Korea Utara meningkatkan usaha bagi mencari sagu hati; yang mana diperoleh pada minit ke-89 hasil jaringan Ji Yun Nam.

Sambung baca.....

Porugal,Cote d'Ivoire : Cubaan Yang Mengganas

PORT ELIZABETH 15 Jun - Portugal yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2006 diikat tanpa jaringan oleh Ivory Coast pada perlawanan Kumpulan G Piala Dunia yang berlangsung di sini.

Walaupun begitu,jaringan demi jaringan cuba dilakukan oleh kedua-dua buah negara ini untuk mendapatkan mata tetapi gagal.Jaringan daripada Cristiano Ronaldo pada seperuh masa yang pertama terkena tiang.Begitu juga tandukan Liedson yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Cote d'Ivoire Barry.Begitu juga sepakan dari pihak Cote d'ivoire yang berjaya diselamatkan oleh Eduardo penjaga gol Portugal.

Bagaimanapun Ivory Coast boleh menarik nafas lega setelah ikon dan juga ketua pasukannya Didier Drogba yang masuk sebagai pemain gantian bermain tanpa masalah dengan lengannya yang patah ketika menentang Jepun pada perlawanan pemanas badan 4 Jun lalu.

Sambung baca.....

Itali,Paraguay Sekadar Seri

CAPETOWN: Juara Piala Dunia 2006, Itali dipaksa berkongsi mata dengan Paraguay selepas seri 1-1 dalam perlawanan bola sepak kumpulan F Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan di Stadium Green Point.

Paraguay mengejutkan pasukan Azzurri dengan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil tandukan Alcaraz pada minit ke-39 daripada sepakan percuma.

Bagaimanapun, De Rossi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-63 hasil sepakan sudut dengan mudah menolak masuk selepas tidak dikawal pemain Paraguay.

Sambung baca.....

Monday 14 June 2010

Jepun Tumpaskan Cameroon 1-0

Jepun mencipta sejarah untuk merekodkan kemenangan pertama dalam kejohanan FIFA Piala Dunia melalui gol Keisuke Honda di separuh masa pertama untuk menundukkan Cameroon di Free State Stadium.



Sambung baca.....

Belanda Menang 2-0

JOHANNESBURG - Belanda mencatatkan kemenangan 2-0 mengatasi Denmark hari ini dalam perlawanan Kumpulan E Piala Dunia seterusnya membuktikan mereka merupakan antara pasukan yang mempunyai jentera serangan paling berbahaya di kejohanan itu.

Pasukan The Oranje mendahului pada minit ke-46 selepas pertahanan Denmark, Simon Poulsen cuba menanduk keluar bola hantaran silang Robin van Persie tetapi terkena belakang rakan sepasukannya, Daniel Agger dan menerjah gawang.

Dirk Kuyt menambah jaringan buat Belanda selepas menolak masuk bola yang terkena tiang pada minit ke-85.

Sambung baca.....

Jerman Menang Besar Setakat Ini

DURBAN - Jerman menunjukkan persembahan terbaik dalam Piala Dunia setakat ini apabila membelasah Australia 4-0 untuk mengungguli Kumpulan D sekali gus memberi amaran kepada pasukan lain.

Dua gol pada setiap separuh masa hasil jaringan Lukas Podolski, Miroslav Klose, Thomas Mueller dan pemain gantian Cacau hasil asakan sepanjang 90 minit memaksa Socceroos bertahan sepanjang perlawanan berlangsung.

Australia terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Tim Cahill dibuang padang pada minit ke-56 setelah mengasai Bastian Schweinsteiger ketika kedudukan 2-0.

Ini merupakan kad merah keempat daripada lapan perlawanan dan merupakan kad merah secara terus yang pertama dilayangkan oleh pengadil.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D sebelumnya, Ghana menewaskan Serbia 1-0 di Pretoria.

Sambung baca.....

Kemenangan Sulung Buat Slovenia

POLOKWANE, Afrika Selatan - Roben Koren muncul wira pasukan Slovenia selepas jaringannya pada minit ke-79 memberikan kemenangan pertama buat pasukan itu dalam sejarah penyertaan Piala Dunia dengan menewaskan Algeria 1-0.

Pada perlawanan Kumpulan C itu, Koren yang juga kapten Slovenia melakukan rembatan jarak jauh yang mengelirukan penjaga gol Algeria, Fawzi Chaouchi.

Tujuh minit sebelum itu, Algeria dipaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Abdelkader Ghezzal dibuang padang. Dia menerima kad kuning kedua akibat dengan sengaja menampan bola menggunakan tangan di dalam kotak penalti Slovenia.

Pada penyertaan pertama Slovenia pada Piala Dunia 2002, pasukan itu tewas dalam ketiga-tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan beraksi terlalu berhati-hati malah sering kehilangan bola dan silap melakukan hantaran. Malahan, aksi separuh masa pertama berlangsung dengan hambar dan membosankan.

Namun, Algeria yang menguasai sebahagian besar perlawanan mendapat dua peluang terbaik melalui sepakan percuma bintang Portsmouth, Nadir Belhadj dari jarak 25 meter namun penjaga gol Slovenia, Samir Handanovic menepis bola keluar.

Kemudian, giliran pemain pertahanan, Rafik Halliche menguji pertahanan Slovenia melalui tandukan, bagaimanapun cubaannya tersasar.

Perlawanan mungkin bertukar rentak jika pemain tengah Algeria, Karim Ziani dapat memanfaatkan peluang melalui kelalaian Marko Suler menerima bola daripada Handanovic namun penjaga gol Slovenia itu pantas menyelamatkan keadaan.

Slovenia akan berdepan Amerika Syarikat pada perlawanan kedua sementara Algeria akan berkunjung ke Cape Town bertemu England.

Sambung baca.....

England Seri Angkara Green

RUSTENBURG, Afrika Selatan – England menerima tamparan hebat pada aksi pembukaan Piala Dunia apabila dipaksa seri 1-1 dengan Amerika Syarikat di Stadium Royal Bafokeng, awal pagi tadi.

Segala-galanya berpunca daripada kesilapan penjaga gol mereka, Robert Green yang gagal menangkap kemas sepakan lemah Clint Dempsey pada ke-40.

Terdahulu, ketua pasukan England, Steven Gerrard meletakkan skuad Fabio Capello mendahului pada minit keempat, selepas menerima hantaran cantik Emile Heskey.

Selepas menyambut hantaran Frank Lampard, Heskey bijak melakukan hantaran tepat kepada Gerrard, yang ketika itu berlari ke kawasan gol Amerika, sebelum tenang melepaskan percubaan yang menewaskan penjaga gol, Tim Howard

Dempsey menguji penjaga gol England, Robert Green buat kali pertama melalui tandukan pada minit ketujuh, selepas menerima bola lintang Steve Cherundolo, namun percubaannya mudah dinafikan oleh penjaga gol West Ham itu.

Bola lintang daripada penyerang Amerika, Landon Donovan hampir memberikan gol penyamaan buat skuad Uncle Sam, namun Jozy Altidore yang menyambut hantaran tersebut, gagal menanduk tepat ke arah pintu gol England pada minit ke-18.

Pemain sayap England, James Milner menjadi mangsa kad kuning pertama pada perlawanan tersebut selepas mengkasari Cherundolo.

Milner digantikan oleh Shaun Wright-Phillips pada minit ke-30.

Ketika England leka mengatur serangan, mereka dikejutkan dengan gol penyamaan Dempsey pada minit ke-40, ekoran kesilapan Green yang gagal menangkap kemas percubaan tepat pemain Fulham itu.

Tersentak dengan jaringan itu, England cuba bangkit mencari gol pendahuluan melalui gerakan solo Glen Johnson pada minit ke-42, yang menggelecek dua pertahanan lawan, tetapi Howard ternyata lebih bersedia menangkap kemas percubaannya.

England terus memberikan ancaman pada separuh masa kedua melalui gerakan solo Heskey pada minit ke-52, namun percubaannya tepat ke dakapan Howard, walaupun berada di dalam situasi satu lawan satu.

Altidore hampir mengejutkan skuad Three Lions apabila bijak melepasi kawalan Jamie Carragher dari sebelah kiri pada minit ke-63, sebelum melepaskan rembatan kencang.
Sumber : Berita RTM = Sorakan 1Malaysia 1Dunia

Sambung baca.....

Sunday 13 June 2010

Permulaan Yang Bertenaga Bagi Korea

Korea Selatan mencipta bangga buat Asia apabila merakamkan kemenangan pertama mengatasi bekas juara Eropah, Greece 2-0, semalam untuk menyalakan impian besar mereka layak ke pusingan ke-16 Piala Dunia kali ini.



Korea Selatan - barisan yang layak ke separuh akhir kejohanan sama pada 2002 - tampak lebih pantas dan pintar berbanding barisan pimpinan Otto Rehhagel dengan dua gol menerusi Lee Jung Soo dan ketua pasukan, Park Ji Sung pada setiap babak permainan.

Bintang Manchester United, Park Ji-sung menambah gol kedua selepas menghukum kesilapan pemain Greece, Vassilis Torosidis dan melepaskan rembatan yang mengelirukan penjaga gol, Alexandros Tzorvas pada minit ke-52.

Korea boleh mencatat kemenangan lebih besar jika penyerangnya, Park Chu-Young dapat memanfaatkan tiga peluang keemasan namun pemain berjersi nombor 10 itu gagal menemui sentuhan penyudah yang diharapkan.

Greece terlebih dahulu menguji pertahanan Korea apabila percubaannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Jung Sung-Ryong pada minit ke-10.

Pada penghujung perlawanan, jurulatih Greece, Otto Rehhagel hanya mampu terduduk kekecewaan di tepi padang melihatkan persembahan skuad bimbingannya.

Korea Selatan akan berdepan Argentina, Selasa depan.

Sambung baca.....

Friday 11 June 2010

Welcome / Selamat Datang / Welkom to Special Blog Of Fifa World Cup 2010 create by Nukilan Nurani Blog

Selamat datang ke Ruangan Blog Piala Dunia ini.Blog ini akan bersama-sama pembaca bagi membincangkan isu-isu mengenai Kejohanan Piala Dunia yang berlangsung selama 30 hari di Afrika Selatan.Apa-apa cadangan dan cerita anda boleh kongsikan bersama-sama saya dan hantarkan cerita anda itu di alamat emel sonnet_91@yahoo.com .Teruskan berkunjung ke blog ini.Terima Kasih.

Sambung baca.....

PENAFIAN :

Pihak Nukilan Nurani tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam blog istimewa ini. Semoga semua pihak beroleh manfaat. Terima kasih.

Hak Cipta Terpelihara © 2010 :

Nukilan Nurani Blog

-Ketua Administrator : Muhammad Fakhruddin Bin Rosdi[017-7796224]